MUTIARA KATA UNTUK DICARI MUTIARANYA”
1. Kalau engkau mencintai dan dicintai orang, bersyukurlah!! Kerana hidupmu telah masuk dalam daftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihanNya kepadamu lantaran ‘pergaduhan’ hati sesama makhluk. Dua jiwa diserang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawah satu perasaan dalam lingkungan tuhan
“Al-Anisah Mai”
2. Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula mensia-siakan orang yang mencintaimu kerana itu merbahaya.
“Gustami”
3. Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri . Ia adalah ‘kasih dan cinta’ kepada semua yang bernyawa.
“Seniman”
4. Kadang kala dalam kita melangkah menghadapi kehidupan ini, kita tersadung dan terjatuh lalu menangis, meratapi mengapa mesti kita?mengapa tidak insan lain? Wahai hati, sedarilah saat itu airmata yang gugur hadir untuk menyedarkan kita supaya menjahit semula sejadah iman yang terkoyak lantaran terbabas dari keikhlasan.
“Nursyuhada”
5. Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang maka dengan itu sayanglah apa yang ada.
“Nursyuhada”
6. Kenangan itu umpama sekutum mawar yang berduri nak di buang sayang nak di gengam sakit hanya linangan air mata yang mengambarkan peritnyer hati si pemilik ..
" Nursyuhada "
ANDAI ITU TAKDIRNYA…AKU REDHA..
Nukilan di petik dari Nursyuhada(Warga MKKM SEL )
Ring Ring Ringgit
9 years ago
No comments:
Post a Comment