Sunday 30 November 2008


10 Kebaikan Coke...Cubalah!!!
Cubalah terai dan buktikan secara saintifik.Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikanair Coke Colasatu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajiansantifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britainserta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlakukemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cubatanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :______________________________________________
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atauhilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!______________________________________________
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?______________________________________________
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karathilang!______________________________________________
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat baterikereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.______________________________________________
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuangsetin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.______________________________________________
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setinCoke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.______________________________________________
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke danlap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual diYawata tu kerana ianya amat mahal!______________________________________________
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti sukani!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang laindalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan loriyang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagianenjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!______________________________________________
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuhkopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapitambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadaplidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidakberapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalammulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.______________________________________________
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuhserangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!____________________________________________________________________________________________Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah adaMecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cucicermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur seranggadll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahancuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda bolehcuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimiadulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], timeraya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.




RAHSIA KESERASIAN PASANGAN MENURUT URUTAN KELAHIRAN
Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dantarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dankeserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat merekamengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu,tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurutpara orang tua zaman dulu? \Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini?
Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anaktunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengahdengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:
~Si Sulung dengan si Sulung~ Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitanuntuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.
~Si Sulung dengan si Tengah
~ Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang~Si Tengah dengan si Tengah
~ Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanyasi tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yanglainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.
~Si Tengah dengan si Bungsu~ Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderunganke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akanterpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan sertamenimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.
~Si Sulung dengan si Bungsu~Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimanamengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapatmengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.
~Si Bungsu dengan si Bungsu~ Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitusuka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan,maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.
~Anak Tunggal dengan anak Tunggal~ Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktuuntuk hidup rukun dan saling mendukung.Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atautidak, semuanya kembali pada diri anda.

Yang No Empat tuer di kira cam ner lak B ?anak tengah keww?

Bengkoknya wanita


Bengkoknya Wanita

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?""Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."


"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.""Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah." "Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.""Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?" "Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik." "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan." "Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.""Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!" "Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.""Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." "Apa maksud sebenar Hadis tu?""Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu." "Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. " "Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat." "Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar." "Hmm, betul tu Naim.""Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." "Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.""Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Haaa...

kePada saper yang kuat majuk tuerr ..

Ni ru perempuan merajuk ...
Kalau Lelaki majuk ??Cam ner lak tuer B ?

.......Huh....... Lu Pikir la sendiwi (nabil) .. huahuahua....

Monday 24 November 2008

TO MY SWEET HUBBY



TO MY SWEET HUBBY
LOVE U
MAS-F

Ayahnda N Bonda










salam ...
Buat B yang di sayangi ....
Nier la gambar masa mak n ayah pergi haji ari tuer ..
Rindu la kat dorunk B ..
Kami 5 beradik jer yang anta.. kebetulan lak yang adik bongsu sayang tuer sedang menduduki peperiksaan SPM
Sebelah sayang yang pakai spect tuer( Hafiz) , Sebelah makmah yang baju merah ( Mohd Hazmin)Nadia B kenalkan ? Adik yang masuk Universiti Malaya tuer yang pakai spect berbaju hijau..uwekk :P
mak long yang mana satu eh ? jengjeng jeng ... telekung kuning tuer la maklong. Maklong pergi ikut ayah kebetulan lak suami dia mmg keje di arab saudi.Suami dia tunggu di sana ambik cuti n pergi menunaikan ibadah bersama ..
B....
Buat pengetahuan B yang pakai baju kotak2 purple tuer la gigi .. aduyaiii.. manja sungguh..tgk la tuer mana nak berengang dgn sayang .. Anak angkat mak n ayh la katakan .. mana2 jer dia nak interprem..
Yang berbaju oren di bawah pangkuan sayang tuer la nazrin (anak pakcik)
Tomeyy nyee dia kan B ?
Paling tak dapat di lupakan bila mereka nak masuk check in tuer.Entah lah hati nier sayu benar.. Airmata mmg dah tak terbendung suda! Lambaian kaabah labbaikaallahummalabbaitt...... sangat sayu kedengaran.
Kebesaran Allah Pencinta sekalian alam. Dalam hati merasa sangat bersyukur kerana akhirnya tahun ini ayah n bonda dapat menunaikan haji dan menjadi tetamu allah.Allhamdulillah ya allah akhirnya doaku telah di makbulkan....
Semoga mereka dapat menjalankan haji yang mabrur.
Doakan kesejahteraan ,kesihatan yang baik , kemudahan dan kesenangan buat ayh n bonda yer..
mekasih ......

Wednesday 19 November 2008

Aku dan Semalam

Semalam 20/11/2008 Aku menempuh hari2 yang rutin dalam hidup aku. Entah bagaimana semalam macam2 dugaan la u olzz. (Elda ko jangan gelak tau ) Bangun kul 5 pagi . Semata-mata taknak terkejar2 pergi kerja. Tanggungjawab menyediakan bekpes untuk adik sentiasa bereh!! Datang opis jumpa kawan2 buat keje macam biasa. Pagi2 dah start keje ngan kakros. bereh.... Sampai la kuar lunch hehe.....Tepon B satu agenda yang mesti .Semalam letih sangat banyak analisa nak kene buat. Bila dah borak dengan B rasa lapang sket jiwa dan raga aku.Chewahh.!!Penat pun ilang u olzz. Memang malas tol nak kuar. Tapau jek kat kembar(lia). Makan mee rebus n cendol pulut. Wargh !! sedap tak terkata... Petang .. Ingat nak buat analisa colour .. nak run instrument UV spectrometer. Ya allah! Saper yang cabut wayar instrument aku tueh!!Dalam hati nier da panas tau tak. Kecoh ar plak satu lab aku mencari wayar.Budak2 sambilan la kesian.Shuhada beriya-iya tolonk aku cari wayar. Thankss.. Memang menyusahkan aku btul la. Tak kisah kalau nak pinjam pun pulangkan la balik ..Pantang sungguh kalau org ambik brg tak tau nak mintak !! Minta izin aku kompirm bagi punyerr..Sampai ke petang aku mencari wayar.Sampai la macam2 aksi ngeri aku dah buat. Panjat sana sini , membongkok2 bawah meja takut2 terjatuh ker .. berpeluh beb ! 4.20pm ru ku jumpa wayar2 lama yang aku try2 cucuk2 ngak kat instrument tuer ngam la plak .. Alhamdulillah ... (13/11/08-Ingat leh ar aku sambung keje tuer ari nier ttp aku tak perasan la plak rupa2nyer printer aku tuer rombong.(Org servis tak abis ker ader staff bik ker aku tak pedulikk !!) Ntah saper la yang keje kan printer aku tuer.Argh .. Malas aku pikir.Rosak kan mood aku jerk. Aku biarkan bos aku jerk yang pikir nanti.Yang Nyata kejap lagi aku nak jadi pengadu domba. Dari A-z aku nak beratkan otak dia. Nasib ar dia bos.. biar dia pikirkan jalan penyelesaiannyer..) 4.30pm(12/11/08) Aku balik. Penat sudah mmg tak terkata.... Jalan bandar klang macam biasa arr sesak.Kereta kesayangan aku tuer , bila aku brek jer macam tersengut2.. Waaaaaa....... Panik ? Tak tahu nak cakap macam mana perasaan masa tuer..Tapi aku gagahkan jugak arr bawak kete aku tu sampai kl. Bila aku tekan brek jer kompirm kete aku mati enjin tgh jalan. Nak tak nak aku kene kurangkan menekan brek. Hujan yang mulai turun renyai2 menyukar kan lagi keadaan pemanduan berhemat aku.. Alhamdullillah aku sampai ngak kl(umah aku la).. Kol kawan amy alhamdulillah la dia nak tolonk .. sampai kol 11.00pm la ru setel dia mengodek kete aku. Nasib baik la ayah ader simpan barang2 spanar,spanar bunga,skrew yang canggih2 kat umah tuer. Terkejut lak amy tgk barang2 pakmansor mengalahkan bengkel kete. Mintak jer apa semua ader dalam blkg kete aku.Kayu nak blasah org pun ada(untuk keselamatan diri) Malam borak ngan b. sioknyerr berbual dengan kekasih hati .. Dari satu topik ke satu topik .. entah apa2 topik pun ada. Rindu pada ayah n mak macam selalu .Macam mana la agaknyer keadaan mereka di sana ( Mekah).Ari nier aku blaja ttg sesuatu yang baru ... may be pengalaman yang sukar utk di lupakan.. Penat nyerkkkk.... zzzz dulu lah ... bye....

Tuesday 18 November 2008

PERMINTAAN MENGEJUT!!!!!!!!!



SALAM..

TAK TAU B NAK UPLOAD APA. NI BOLEH LA. CITE PANJANG LOM ADE IDEA LAGI. SAYANG TGK LA..

Monday 17 November 2008

Ingin mengetahui ttg lelaki

INGIN MENGETAHUI TTG LELAKI ??

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.
----------Apa yang anda perlu tahu ttg lelaki ??

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! ----Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
-Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
-Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
-Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
-Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (iyer ker nieh ? Sengaja tgk kott bukan tertengok hakhak...)
-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
-Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
-Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Love u so much B

-Mas-F-

Sunday 16 November 2008

Anak itu kupu2 syurga

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelarkanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allahakan api neraka ke atas tubuhnya.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yangmenyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmatdaripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah akucium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dandia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orangyang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhakterhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
P/s
" Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Pemilihan huruf pertama

Pemilihan huruf pertama pada nama ........................

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Thursday 13 November 2008

A to z ttg cinta



A TO Z TENTANG CINTA .........

A- Alliance

Cinta itu lahir dari penyatuan 2 hati

B- Brighten

Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang sama

C- Caring

Namun cinta itu tak bermakna andai tak mengambil tahu antara satu sama lain

D-Dear

Ini kerana org yang di cintai adalah orang yang paling pnting dan di sayangi

E- Enhance

Oleh itu biarpun cinta ada di hati namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada

F-Forever

Agar cinta kekal untuk selamanya

G-Good

Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus jadi kawan yang baik kepada pasangan

H- Honest

Jujur dalam percintaan

I- Intelligent

Bijak dalam menentukan mana yang baik utk dia

J-Joke

Ceriakan hidup si dia dengan gurauan senda

K-Kind

Hidup perlu sentiasa luhur dan bersih dalam percintaan

L-Loyalty

Setia pada yang satu

M-Manner

Perlu sentiasa menjaga tingkah laku dan merendah diri

N- Need

Perlu rasa sentiasa rasa saling memerlukan

O-Objective

Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan

P-Passion

Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan

Q-Quality

Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa

R-Responsibility

Dari keikhlasan dan lahir rasa tanggungjawab

S-Survive

Untuk terus hidup memperjuangkan cinta di bina agar sentiasa bahagia

T-Tolerate

Sikap tolak ansur harus ada

U-Unpredictable

Kerana setiap org sukar di duga , jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yang tak di jangka

V-Valuable

Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta amat bernilai dan bukan boleh di jualbeli

X-X Factor

Kekuatan cinta adalah pengorbanan

Y-You

Yang kamu lakukan dan hanya kamu !!

Z-Zero

Tak pernah mengecewakan walaupun secebis kuman

love u

mas-F


Malas muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada malas bekerja, malas belajar dan malas memasak, malas memandu, malas berjalan dan malas memajukan diri. Kita menjadi malas kerana kita tak berusaha merajinkan diri.
Untuk menangani malas, kita perlu apa yang perlu dilakukan. Untuk tahu apa yang perlu dilakukan, tanya diri dengan soalan-soalan ini..
apa lagi yang belum selesai?
kerja mana lagi yang belum sempurna?
apa lagi perancangan yang belum dilaksanakan? Bagi orang-orang yang berjaya, rasa malas adalah MUSUH utama mereka. Bila malas sudah menjadi musuh, mereka takkan membiarkan musuh tu mengalahkan mereka, mental dan fizikal.
Bila sudah malas di minda, kita akan terdorong untuk malas semalas-malasnya.
Donald Trump walaupun jadi billionaire, masih rajin turun ke pejabat di Trump Tower, New York dan bekerja bersama staffnya seperti biasa.
Tony Fernandes, walaupun bergelar CEO Air Asia dan dihormati ramai sebagai seorang VIP, masih rajin memandu kereta sendiri ke pejabat walaupun mampu mengupah seorang pemandu khas.
Irfan Khairi walaupun bergelar jutawan Internet, masih memandu kereta kancil dan rajin bekerja walaupun dengan menjadi jutawan membolehkan dia hidup selesa di dalam sebuah rumah banglo 3 tingkat!
Sebelum tidur, kaji semula tabiat Anda hari ini. Orang-orang yang berjaya, pekerja cemerlang dan pelajar pintar sentiasa mengkaji sifat mereka dengan memuhasabah diri setiap hari, kerana mereka tahu untuk berjaya, kena jadi orang yang benar-benar kenal dirinya sendiri.
Usah biarkan rasa malas menguasai Anda.
Ikut kata Lance Armstrong, “this is my body and I can do whatever i want to it. I can push it, tweak it and listen to it”.
Push yourself! Lawan rasa malas…

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk.. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian. 18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 2
2. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

Sayang mempelai kayu gaharu ..............
Dibuat orang menembak beruang ............
Kalau baik tingkah dan laku ...................
Tidak nanti jadi terbuang .....................

Sunday 9 November 2008

KEJE! KEJE! KEJE!


My dear friends ....

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say "Ada orang datangke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang denganperasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnyaadalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akanjadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakanorang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkataninsya Allah..."Jadi Renung-renungkan dan selamat beramal :-


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kitaKURANG
PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebihkepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalahlebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKANPARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukaruntuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakahdengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dantingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan'dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw katakhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebabdah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapaorang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayupengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

"Work Wise better then work smarts and work hards...."

Tuesday 4 November 2008

Aku yang kau panggil sayang


AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG .. (wah terlebih jiwang suda)

Cinta itu banyak pengertian.. Tapi pada aku cinta itu adalah kawan yang sejati .. Orang yang mencintai .. mengenalimu dengan sebaik-baiknyer iaitu baik dan burukmu...
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu sangat penting dalam kehidupan ? Tul tak B ?.....................................

Tanpa kejujuran hidup hanya akan menjadi mainan orang dan oleh itu jangan tertarik pada seseorang itu kerana rupa dan parasnya , kerana keelokan paras hanya menyesatkan , jangan pula tertarik kepada kekayaanya kerana kekayaan itu boleh musnah.... ....

Tertarik la dengan seseorang yang boleh membuatmu senyum , kerana senyum lah yang dapat membuat hari-hari seseorang itu menjadi gelap , bak kata org setiap mawar pasti ada durinyer.
Dari kesusahan itu akan di perolehi kesenangan dan kebahagiaan seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sedap isinya, dan bunga mawar berduri sebab harum baunyer...

dan jika seseorang itu hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian dari kamu , tetapi atas sebab2 tertentu dia terpaksa pergi , jangan terlalu sedih , terimalah kenyataan itu kerana sebelum ini dia pernah membahagiakan mu ..... tetapi apabila ada yang datang , jangan biarkan ia berlalu pergi dan jikalau esok dia masih bertandang, jangan harap dia akan datang kembali ....


SESUATU UNTUK AKU

Manjadi karang bukanlah mudah sebab ia akan menahan sengat binar mentari nan garang. Sebab ia akan kukuh menghalangi deru ombak yang sentiasa menerpa tanpa kenal lelah. Sebab ia akan melawan bayu keras menghembus dan menerpa dengan dingin yang cuba membekukan. Sebab ia akan menahan hempas badai yang datang terus menerus dan cuba melemahkan keteguhannya. Sebab ia akan kukuhkan diri agar tak mudah hancur dan terbawa arus. Sebab ia akan berdiri tegak berhari-hari, bertahun-tahun, berabad-abad, tanpa rasa jemu dan bosan.

Menjadi pohon tinggi yang menjulang, itu juga tidak semudah yang disangka. Sebab ia akan menatap bahang bara mentari yang terus menyala dari pagi hingga petang. Sebab ia akan meliuk menghalangi angin yang bertiup kasar. Sebab ia akan terus menjejak bumi hadapi gemuruh sang petir. Sebab ia akan hujamkan akar yang kuat untuk menampung. Sebab ia akan menahan curahan hujan yang merobohkan. Sebab ia akan sentiasa memberikan bebuahan yang manis dan mengenyangkan. Sebab ia akan berikan tempat bernaung bagi burung-burung yang singgah didahannya. Sebab ia akan berikan tempat berlindung dengan rendang daun-daunnya.

Menjadi ikan paus? Juga tak mudah. Sebab dengan sedikit hempasannya ia akan menggetarkan hujung samudera. Sebab besar tubuhnya akan menakutkan musuh yang cuba mengganggu. Sebab sikap diamnya akan membuat tenang laut seisinya.

Menjadi helang dengan segala kejantanannya, meski itu juga tak mudah. Sebab ia harus melayang tinggi menembus birunya di langit. Sebab ia harus menguasai buana untuk mengenal medannya. Sebab ia harus melawan angin yang menerpa dari segenap penjuru. Sebab ia harus tinggi membelah angkasa jauh tanpa takut jatuh. Sebab ia harus kembali ke sarang dengan makanan di paruhnya. Sebab ia harus menyambar pantas dan mencengkam mangsanya. Sebab ia harus menjelajah cakrawala dengan kepak sayap yang membentang gagah.

Menjadi melati, meski tampak tak bermakna. Sebab ia akan tebar harum wewangian tanpa meminta balasan. Sebab ia begitu putih, seolah tanpa cacat. Sebab ia tak takut hadapi angin dengan mungil tubuhnya. Sebab ia tak ragu hadapi hujan yang membuatnya basah. Sebab ia tak pernah iri melihat mawar merekah segar. Sebab ia tak pernah malu pada bunga matahari yang menjulang tinggi. Sebab ia tak pernah rendah diri pada anggerik yang anggun. Sebab ia tak pernah dengki pada tulip yang berwarna warni. Sebab ia tak pernah gentar layu kerna memahami hakikat hidupnya.

Menjadi mutiara..meski itu tak mudah. Sebab ia berada di dasar samudera yang dalam. Sebab ia begitu sulit dijangkau oleh tangan-tangan manusia. Sebab ia begitu indah dipandangan mata. Sebab ia tetap bersinar meski tenggelam di kubangan hitam.

Menjadi rama-rama, meski itu tak mudah pula . Sebab ia harus melalui proses-proses sulit sebelum dirinya saat ini. Sebab ia lalui masa nan panjang tanpa rasa bosan. Sebab ia bersembunyi dan menahan diri dari segala yang menyenangkan, hingga kemudian tiba saat untuk keluar.

Karang akan hadapi hujan, terik sinar mentari, badai, juga gelombang. Helang akan menembus lapisan awan, mengangkasa jauh, melayang tinggi dan tak pernah lelah untuk terus mengembara dengan tebaran sayapnya. Paus akan menggetarkan samudera hanya dengan sedikit gerakan. Pohon akan menghadapi petir, deras hujan,silau matahari namun sentiasa menaungi. Melati ikhlas untuk selalu menerima keadaannya, meski tak terhitung pula bunga-bunga lain dengan segala kecantikannya. Rama-rama berusaha bertahan, meski saat-saat diam adalah kejenuhan. Mutiara tak memudar kelam, meski pekat lingkungan mengepungnya di kiri kanan, depan dan belakang.

Tapi karang menjadi teguh dengan segala ujian. Helang menjadi tangguh, tak hiraukan lelah tatkala terbang melintasi beribu-ribu kilometer bentangan cakrawala. Paus menjadi kuat dengan besar tubuhnya dalam luas samudera. Pohon tetap menjadi naungan meski ia hadapi beribu gangguan. Melati menjadi bijak dengan dada yang lapang, dan justru terlihat indah dengan segala kesederhanaan. Mutiara tetap bersinar dimana pun ia terletak, di mana pun ia berada. Rama-rama hadapi cerah dunia meskipun lalui perjuangan panjang dalam kesendirian.

Hakikat, menjadi apapun dirimu..bersyukurlah selalu. Sebab kau yang paling tahu siapa dirimu . Sebab kau yakini kekuatanmu. Sebab kau sedari kelemahanmu. Jadilah karang yang teguh, helang yang perkasa, paus yang besar, pohon yang menjulang dengan akar yang menghujam, melati senantiasa mewangi, mutiara yang indah, rama-rama atau apapun yang kau mahu. Tapi, tetaplah sedari bahawa kamu adalah seorang hamba, yang lemah dihadapanNya. Itulah dirimu..

MUTIARA KATA

MUTIARA KATA UNTUK DICARI MUTIARANYA”

1. Kalau engkau mencintai dan dicintai orang, bersyukurlah!! Kerana hidupmu telah masuk dalam daftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihanNya kepadamu lantaran ‘pergaduhan’ hati sesama makhluk. Dua jiwa diserang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawah satu perasaan dalam lingkungan tuhan

“Al-Anisah Mai”
2. Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula mensia-siakan orang yang mencintaimu kerana itu merbahaya.


“Gustami”
3. Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri . Ia adalah ‘kasih dan cinta’ kepada semua yang bernyawa.
“Seniman”

4. Kadang kala dalam kita melangkah menghadapi kehidupan ini, kita tersadung dan terjatuh lalu menangis, meratapi mengapa mesti kita?mengapa tidak insan lain? Wahai hati, sedarilah saat itu airmata yang gugur hadir untuk menyedarkan kita supaya menjahit semula sejadah iman yang terkoyak lantaran terbabas dari keikhlasan.
“Nursyuhada

5. Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang maka dengan itu sayanglah apa yang ada.
“Nursyuhada”
6. Kenangan itu umpama sekutum mawar yang berduri nak di buang sayang nak di gengam sakit hanya linangan air mata yang mengambarkan peritnyer hati si pemilik ..
" Nursyuhada "

ANDAI ITU TAKDIRNYA…AKU REDHA..
Nukilan di petik dari Nursyuhada(Warga MKKM SEL )

Monday 3 November 2008

BILIK 208




BILIK 208


SALAM ....
Nier bukan nak cari glamer u olzz tapi nier kawan2 yang paling rapat dan sebilik dengan saya , (Mas-F) kat opis niew..
Susah senang sama2.Bila tak datang opis tuer rasa sangat rindu lak dengan mereka2 nier. Masing2 ader karakter masing2 yang memperlengkapkan keceriaan di opis nier. Sangat ceria sampai kalau tak pecah perut dalam sehari mmg tak sah u olzzz. Bilik yang paling ceria bilik 208 nier la.Start 7.30 dah mula ar hilai tawa kami .Memang ceria banget sih !!


Kita start citer dari yang paling kanan tuer eh >>

Mas-F
Kalau yang paling kanan tuer aku la., wakaka .. grand tak baju raya aku yang berwarna hijau tuer. Mestilah grand kan sebab manik baju kat lengan tuer aku yang jait sendiri. Hehe :P Tuer baru kat lengan blum lagi tgk leher dan jait manik kat kaki ..kaki? hehe .Yang nyata aku plg mengerlip u olzz. Masa nier kami sedang membuat aktiviti menyambut hari raya kat opis nie.

Kak Shima
Sebelah aku yang dari kanan tuer kak shima .. maintain ayu n cun melecun tu walaupun anak dah 2. Kalau nak minta pandangan tanya kak shima nier. Kompom dia leh bagi idea yang bernas punyer macam mana nak solve poblem .. Kak Shima nier kadang2 kuat terkejut.Kadang2 aku pun leh terkejut sama. Ayat dia yg paling di ingati ialah bongek . Tau bongek tuer apa ? Entah aku pun tak tahu ..hehehe.. Hah! kak shima saper nak jawab tuer ???? Suka shopping mmg hobi kak shima.Tanya jer dia kat mana ader sale kat situ ader kak shima.Kompom pastuer kami leh lak ngikut shopping sama.Paling suka mengumpul beg n barang2 kosmetik nieh. Macam2 brand ader .. kalau nak make over muka n mekap nier tanya kak shima eh ..

LIA
Yang paling kecik sebelah kak shima tuer Lia..Paling rapat dengan aku sampai kami di gelar pasangan kembar. Naper dia kecik sangat ? sebab semua zat makanan yang di makan semua dah di pindahkan kat aku kot... kuang kuang kuang ( payah nak jawab nier ).Sekarang dia sedang menantikan kelahiran sulung nyer yang pertama. Cuak u olzz. Ku pun terasa debaran nyer.Kami mmg serasi bersama. Dia nier sebenarnyer keturunan cina. Tapi dah masuk islam sebab hubby dia melayu.Lembut jer orgnyer. Penyabar lak tuer. Kami akan berkongsi macam2 cerita.Macam2 perkara keluar. Kalau nak citer benda2 yang rahsia dengan dia nier la.. Nama je pun kembar tapi mak n ayh lain2..
Kami dah kenal lama. Sama2 blaja kat polisas ngak.

KAK MURIDAH
Yang berbaju unggu tuer. Paling senior kat opis nier. Kadang2 segan dengan kak muridah nier sebab pangai gila2 kami kat opis ni.Nak sorok pun mmg tak leh sebab mmg dah sebilik,.pangkat ibu nier. Akan rasa kehilangan sangat sebab sekarang pun dia tak sabar dah nak menanti pencen.Tapi kepala mmg sama. Org dalam bilik nier ,Gelak dia pun sama join. Kadang2 dia pun join buat lawak sama.
mengekeh kekeh la kami nier ketawa

KAK INA
Entah naper aku plg suka mengusik kak ina nier. PAling kuat kene buli ngan aku dgn elda . Kene buli ? bukan buli ganas tau tapi buli manja2 jer. Kak ina nier pun kdg2 manja ngak tapi kental. Hubby dia askar. Jangan pandang sebelah mata kak ina dulu dia nier senior aku kat polisas.EX minah wataniah nier.Ku kenal dia dulu pun sebab aku pernah join wataniah ..huh penatt dengan aktiviti wataniah nier. Sib baik zaman permbelajaran tuer tamat suda !

Elda yang mana ?
Sebelah kak ina tuer la ... mmg ngam sekepala . Keserasian kalau nak bercerita ttg hal2 yang leh di buat dajal mengenekan kak ina.Kebetulan jer kan sebenarnyer tuer kan elda?Tgk muka dia je pun leh gelak.Entah naper ader conection yang jitu nier, Pastuer kami leh gelak besar dgn kak ina. Tak lama lagi dia akan bertunang.Alaa .. tingal aku sorunk jer la dalam bilik nier yg masih single.Cehh!!Mana taknyer kalau dorunk nier asyik bercerita ttg hal2 umah tangga nier aku tak leh la nak join sama. Mula lah aku membatukan diri kat sudut aku tuer.
Nak citer pasal rumahtangga aku mmg angkat bendera putih la.Masih dalam pembinaan insyaallah .kalau ader jodoh tak ker mana kan? hakhak ....
Elda peminat fanatik doremontau bukan pokemon.Nick dia pun doralina.Payah nak jawab tuer.Doralina ? alah kan tuer adik kepada doremon.
Harap2 kita takkan terpisah kan u olzz ? Nak macam nier jerk selamanyer. Syahdu la plak kalau salah sorang antara kita tak der. Siok kan kalau kita kuar bersama. Kuar Makan , kuar shopping .. Nier kata nak buat aktiviti bekpes mcdonald bersama n makan steam boat bersama. Nanti la akan ku aturkan date yg sesuai untuk bekpes di mcdonald tuer. Tapi bila ? Tunggu kak shima balik seminar dulu la .. k cau cin cau .. tamat suda ..

Sunday 2 November 2008

Kasih sayang mengikut bulan lahir

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir Februari
-------------------------------------------------------------------
Febuari (3/2/1978)
-- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan. -
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. -
-Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
(Iyer ke B ? )-hehehe .........
(Sayang rasa camne ?) ;p hehehehehe
agak2 ar b ..
----------------------------------------------------
Mac (11/3/1980)
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
( Ye ke sayang ? ) hahaha
x der maknanyer .. kot kuang kuang kuang
-----------------------------------------------------
Tarikh kelahiran ucuk kita : February
Tarikh lahir Mas-F : Mac
Kita sering di kaitkan dengan zodiak. Entah betul atau tidak wallahualam. yang nier bukan nak mempercayai sajer jerk buat suka2 nak bagi ucuk kita baca
love u
-Mas-F-