Thursday 26 February 2009

Renungkan

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN


SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN

SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... .........
.

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.

Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu

CINTA , SAYANG , SUKA , MINAT

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.


Minat - Sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu

Tuesday 24 February 2009

Pangilan sayang selalu buat orang perasaN!

Kenapa panggilan sayang selalu membuat orang perasan...

salah siapa....???

sila baca dengan jiwa terbuka

cinta membuat kita menjadi pengemis

cinta membuat kita menjadi puitis

cinta membuat kita menjadi alpa

cinta membuatkan hal-hal normal menjadi abnormal

tapi kadang-kadang cinta membuat kita rasa benci

rasa sakit

rasa pedih

lagi-lagi bila cinta itu di nodai

cinta sayang panggilan sayang selalu diucapkan

diucapi

panggilan juga memainkan perasaaan

kadangkala panggilan sayang hanya utk kawan

untuk menunjukkan kita sayang dan kasih tetapi bukan cinta

hanya dengan panggilan tu

persahabatan yang terucap

disalah ertikan

lantas porak peranda persabahatan itu

salah siapa salah yang dipanggil atau salah pemanggil?

walhal pemanggil tiada niat

bagi pemanggil panggilan tu hanya seolah-olah angin dibawa bayu

tiada kesan

tiada onar

tiada onak

tetapi yg dipanggil terasa diri dia dicarit

hilang pengangan

terasa jiwa tersiksa

yang mudah diucap dimulut

tapi ada kah cinta itu sekali bertaut

jika sayang semata-mata terangkan sahaja dengan cahaya

jangan ditiup api

jika cinta akui

jangan disepahkan panggilan sayang merata-merata

memang panggilan sayang itu hangat dipasaran

tapi kalau disepah2kan oleh pemilik ... ingat nilai pada diri orang lain memang tinggi...tapi nilai pada diri sendiri

TIADA kepuasan diri hilang

jiwa celaru

setiap perkataan setiap perbuatan datang dengan azam dan iltizam ... jika sekadar menjaja tiada nilai .... bukan nilai kepada pembeli tetapi NILAI KEPADA penjual ........

Cinta Internet

Hati berdebar-debar malah mungkin tidak lena melelap mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata.Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber.
Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet.Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba ‘menjerat’ cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka.
Segelintirnya melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang Internetnya itu.Namun, ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan, jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula.Dari sudut positif pula (biarpun tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan.Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di Internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta.Apapun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal.
Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah terkena.Untuk mengelak daripada terkena, renungkan panduan berikut yang boleh dijadikan peringatan:Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi. Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari.
Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.Kebiasaannya, ada dua golongan dalam masyarakat Internet.
Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti, lazimnya mereka punya niat tertentu.
Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura-pura di Internet.Jangan menganggap sembang di Internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Berhati-hati jika individu itu mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.
Tip untuk berjumpa kali pertamaAnda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.Apabila bertemu, orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian.

Anda boleh bertanyakan soalan biasa ketika berbual di Internet.Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.Tip untuk pertemuan seterusnyaTeruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.Anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya....ERMM....

Thursday 12 February 2009

Kekuatan sedekah

Kekuatan Sedekah



Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :



Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?” Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi), Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?” Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?” Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?” Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat), Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?” Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”. Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”. Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.




Ganjaran bersedekah RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb : Z Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8} Z Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261} Z RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang yang menahan hartanya”.


Tolak Bala dengan Sedekah Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb : Z ”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah”. Z ”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”. Z ”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”. Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah, Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???



Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan. Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.




Sedekah yg pahalanya terus mengalir Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
SADAQAH JARIAH – KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR


AL SADAQAT AL JARIYAH – THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !


1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.


2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.


3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.


4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.


5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.


6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

Share constructive reading material with someone.


7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.


8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a dua or Quran CD.


9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.


10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment. Jadilah dai “sejuta artikel” dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 : ”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”. Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat”. Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.



Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.



" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin " Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Index Cemburu Lelaki mengikut Horoskop

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius


Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.Indeks: xxx

Pisces


Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.Indeks: xxxxx

Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.Indeks: xx

Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.Indeks: xxxx

Gemini


Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.Indeks: xxxx

Cancer


Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.Indeks: xxxxx

Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.Indeks: xx

Virgo


Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.Indeks: xxxx

Libra


Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.Indeks: x

Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.Indeks: xxxx

Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.Indeks: xxx

Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.Indeks: xxx

B kategori yg mana satu nier ? hehe :P

Thursday 5 February 2009

puisi seorang suami kepada isterinya

sadiss u olzz ...

Isteriku,jika engkau bumi,akulah matahari.Aku akan menyinari mu kerana engkaumengharapkan sinaran dari ku.Ingatlah bahtera yg kita kayuh,begitu penuh riak gelombang.Aku pasti akan tetap menyinari bumi,hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.Lantas aku ingat satu hal bahawaTuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang jugamengharapkan sinaranku.Lalu.....Relakanlah aku menyinari planet lain,menyampaikan faedah adanya aku,kerana sudah takdir Illahi sinarankudiperlukan di planet lain...


Balasan Puisi sang isteriSuamiku,andai kau memang mentari,sang surya yang memberi cahaya,aku merelakan engkau berikan sinaranmukepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka jugaseperti aku perlukan cahayamudan....akupun juga tidak akan merasakekurangan dengan sinaran mu...AKAN TETAPIIIIIIII. .Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,jangan lah bermimpi untuk menyinariplanet lain!!!Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya muyang telah aku mengerti...Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau lilin ?




atau jangan-jangancuma mancis saja!!!!!please lah...!!!