Thursday, 13 November 2008


Malas muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada malas bekerja, malas belajar dan malas memasak, malas memandu, malas berjalan dan malas memajukan diri. Kita menjadi malas kerana kita tak berusaha merajinkan diri.
Untuk menangani malas, kita perlu apa yang perlu dilakukan. Untuk tahu apa yang perlu dilakukan, tanya diri dengan soalan-soalan ini..
apa lagi yang belum selesai?
kerja mana lagi yang belum sempurna?
apa lagi perancangan yang belum dilaksanakan? Bagi orang-orang yang berjaya, rasa malas adalah MUSUH utama mereka. Bila malas sudah menjadi musuh, mereka takkan membiarkan musuh tu mengalahkan mereka, mental dan fizikal.
Bila sudah malas di minda, kita akan terdorong untuk malas semalas-malasnya.
Donald Trump walaupun jadi billionaire, masih rajin turun ke pejabat di Trump Tower, New York dan bekerja bersama staffnya seperti biasa.
Tony Fernandes, walaupun bergelar CEO Air Asia dan dihormati ramai sebagai seorang VIP, masih rajin memandu kereta sendiri ke pejabat walaupun mampu mengupah seorang pemandu khas.
Irfan Khairi walaupun bergelar jutawan Internet, masih memandu kereta kancil dan rajin bekerja walaupun dengan menjadi jutawan membolehkan dia hidup selesa di dalam sebuah rumah banglo 3 tingkat!
Sebelum tidur, kaji semula tabiat Anda hari ini. Orang-orang yang berjaya, pekerja cemerlang dan pelajar pintar sentiasa mengkaji sifat mereka dengan memuhasabah diri setiap hari, kerana mereka tahu untuk berjaya, kena jadi orang yang benar-benar kenal dirinya sendiri.
Usah biarkan rasa malas menguasai Anda.
Ikut kata Lance Armstrong, “this is my body and I can do whatever i want to it. I can push it, tweak it and listen to it”.
Push yourself! Lawan rasa malas…

No comments: