Monday, 22 December 2008
KUCING JANTAN PUNYA CERITA.....
Tafsiran anda ? ... just for release tensionn..!! ! dont take
seriously...
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
Sila scroll ke bawah:
1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar
anda jika anda mengasarinya. Jadi
berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,
paham ajelah, bukan setakat makanan
sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu
dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle
Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari
lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp
bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak,
ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat
tidur. Anda mahu suami anda beralih
tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap
& melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya
kita akan melepaskan kucing kita keluar,
kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak
sama kan ???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya
di dalam sangkar kan . Cuba kita
lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung
makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya
camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat
pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam
kucing, kita takleh paksa dia tidur,
takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena
cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia
main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan .... Lu pikirlah sendiri mana
yang baik dgn yang buruk kan .
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2
kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow
mari sini", (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar
kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari
kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu
dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut
kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend
pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan
lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend
dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak
tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
ikut perangai kucing la)
** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE......... Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni
nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...
Thursday, 11 December 2008
Sunday, 30 November 2008
10 Kebaikan Coke...Cubalah!!!
Cubalah terai dan buktikan secara saintifik.Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikanair Coke Colasatu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajiansantifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britainserta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlakukemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cubatanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :______________________________________________
Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dantarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dankeserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat merekamengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu,tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurutpara orang tua zaman dulu? \Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini?
Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anaktunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengahdengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:
~Si Sulung dengan si Sulung~ Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitanuntuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.
~Si Sulung dengan si Tengah
~ Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang~Si Tengah dengan si Tengah
~ Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanyasi tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yanglainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.
~Si Tengah dengan si Bungsu~ Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderunganke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akanterpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan sertamenimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.
~Si Sulung dengan si Bungsu~Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimanamengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapatmengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.
~Si Bungsu dengan si Bungsu~ Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitusuka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan,maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.
~Anak Tunggal dengan anak Tunggal~ Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktuuntuk hidup rukun dan saling mendukung.Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atautidak, semuanya kembali pada diri anda.
Yang No Empat tuer di kira cam ner lak B ?anak tengah keww?
Bengkoknya wanita
"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?""Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
Monday, 24 November 2008
Ayahnda N Bonda
salam ...
Buat B yang di sayangi ....
Nier la gambar masa mak n ayah pergi haji ari tuer ..
Rindu la kat dorunk B ..
Kami 5 beradik jer yang anta.. kebetulan lak yang adik bongsu sayang tuer sedang menduduki peperiksaan SPM
Sebelah sayang yang pakai spect tuer( Hafiz) , Sebelah makmah yang baju merah ( Mohd Hazmin)Nadia B kenalkan ? Adik yang masuk Universiti Malaya tuer yang pakai spect berbaju hijau..uwekk :P
mak long yang mana satu eh ? jengjeng jeng ... telekung kuning tuer la maklong. Maklong pergi ikut ayah kebetulan lak suami dia mmg keje di arab saudi.Suami dia tunggu di sana ambik cuti n pergi menunaikan ibadah bersama ..
B....
Buat pengetahuan B yang pakai baju kotak2 purple tuer la gigi .. aduyaiii.. manja sungguh..tgk la tuer mana nak berengang dgn sayang .. Anak angkat mak n ayh la katakan .. mana2 jer dia nak interprem..
Yang berbaju oren di bawah pangkuan sayang tuer la nazrin (anak pakcik)
Tomeyy nyee dia kan B ?
Paling tak dapat di lupakan bila mereka nak masuk check in tuer.Entah lah hati nier sayu benar.. Airmata mmg dah tak terbendung suda! Lambaian kaabah labbaikaallahummalabbaitt...... sangat sayu kedengaran.
Kebesaran Allah Pencinta sekalian alam. Dalam hati merasa sangat bersyukur kerana akhirnya tahun ini ayah n bonda dapat menunaikan haji dan menjadi tetamu allah.Allhamdulillah ya allah akhirnya doaku telah di makbulkan....
Semoga mereka dapat menjalankan haji yang mabrur.
Doakan kesejahteraan ,kesihatan yang baik , kemudahan dan kesenangan buat ayh n bonda yer..
mekasih ......
Sunday, 23 November 2008
Wednesday, 19 November 2008
Aku dan Semalam
Tuesday, 18 November 2008
PERMINTAAN MENGEJUT!!!!!!!!!
SALAM..
TAK TAU B NAK UPLOAD APA. NI BOLEH LA. CITE PANJANG LOM ADE IDEA LAGI. SAYANG TGK LA..
Monday, 17 November 2008
Ingin mengetahui ttg lelaki
Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.
----------Apa yang anda perlu tahu ttg lelaki ??
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! ----Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
-Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
-Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
-Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
-Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (iyer ker nieh ? Sengaja tgk kott bukan tertengok hakhak...)
-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
-Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
-Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Love u so much B
-Mas-F-
Sunday, 16 November 2008
Anak itu kupu2 syurga
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelarkanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allahakan api neraka ke atas tubuhnya.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yangmenyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmatdaripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah akucium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dandia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orangyang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhakterhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
P/s
" Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Pemilihan huruf pertama
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Thursday, 13 November 2008
A to z ttg cinta
A TO Z TENTANG CINTA .........
A- Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan 2 hati
B- Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang sama
C- Caring
Namun cinta itu tak bermakna andai tak mengambil tahu antara satu sama lain
D-Dear
Ini kerana org yang di cintai adalah orang yang paling pnting dan di sayangi
E- Enhance
Oleh itu biarpun cinta ada di hati namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada
F-Forever
Agar cinta kekal untuk selamanya
G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus jadi kawan yang baik kepada pasangan
H- Honest
Jujur dalam percintaan
I- Intelligent
Bijak dalam menentukan mana yang baik utk dia
J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurauan senda
K-Kind
Hidup perlu sentiasa luhur dan bersih dalam percintaan
L-Loyalty
Setia pada yang satu
M-Manner
Perlu sentiasa menjaga tingkah laku dan merendah diri
N- Need
Perlu rasa sentiasa rasa saling memerlukan
O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan
P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan
Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa
R-Responsibility
Dari keikhlasan dan lahir rasa tanggungjawab
S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta di bina agar sentiasa bahagia
T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada
U-Unpredictable
Kerana setiap org sukar di duga , jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yang tak di jangka
V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta amat bernilai dan bukan boleh di jualbeli
X-X Factor
Kekuatan cinta adalah pengorbanan
Y-You
Yang kamu lakukan dan hanya kamu !!
Z-Zero
Tak pernah mengecewakan walaupun secebis kuman
love u
mas-F
Untuk menangani malas, kita perlu apa yang perlu dilakukan. Untuk tahu apa yang perlu dilakukan, tanya diri dengan soalan-soalan ini..
apa lagi yang belum selesai?
kerja mana lagi yang belum sempurna?
apa lagi perancangan yang belum dilaksanakan? Bagi orang-orang yang berjaya, rasa malas adalah MUSUH utama mereka. Bila malas sudah menjadi musuh, mereka takkan membiarkan musuh tu mengalahkan mereka, mental dan fizikal.
Bila sudah malas di minda, kita akan terdorong untuk malas semalas-malasnya.
Donald Trump walaupun jadi billionaire, masih rajin turun ke pejabat di Trump Tower, New York dan bekerja bersama staffnya seperti biasa.
Tony Fernandes, walaupun bergelar CEO Air Asia dan dihormati ramai sebagai seorang VIP, masih rajin memandu kereta sendiri ke pejabat walaupun mampu mengupah seorang pemandu khas.
Irfan Khairi walaupun bergelar jutawan Internet, masih memandu kereta kancil dan rajin bekerja walaupun dengan menjadi jutawan membolehkan dia hidup selesa di dalam sebuah rumah banglo 3 tingkat!
Sebelum tidur, kaji semula tabiat Anda hari ini. Orang-orang yang berjaya, pekerja cemerlang dan pelajar pintar sentiasa mengkaji sifat mereka dengan memuhasabah diri setiap hari, kerana mereka tahu untuk berjaya, kena jadi orang yang benar-benar kenal dirinya sendiri.
Usah biarkan rasa malas menguasai Anda.
Ikut kata Lance Armstrong, “this is my body and I can do whatever i want to it. I can push it, tweak it and listen to it”.
Push yourself! Lawan rasa malas…
PETUA MENAMBAT HATI SUAMI
Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk.. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian. 18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 2
2. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
Sayang mempelai kayu gaharu ..............
Dibuat orang menembak beruang ............
Kalau baik tingkah dan laku ...................
Tidak nanti jadi terbuang .....................
Sunday, 9 November 2008
KEJE! KEJE! KEJE!
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kitaKURANG
PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebihkepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalahlebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKANPARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukaruntuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakahdengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dantingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan'dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw katakhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebabdah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapaorang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayupengukur diri yang sebaiknya...
"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
"Work Wise better then work smarts and work hards...."
Tuesday, 4 November 2008
Aku yang kau panggil sayang
AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG .. (wah terlebih jiwang suda)
Cinta itu banyak pengertian.. Tapi pada aku cinta itu adalah kawan yang sejati .. Orang yang mencintai .. mengenalimu dengan sebaik-baiknyer iaitu baik dan burukmu...
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu sangat penting dalam kehidupan ? Tul tak B ?.....................................
Tanpa kejujuran hidup hanya akan menjadi mainan orang dan oleh itu jangan tertarik pada seseorang itu kerana rupa dan parasnya , kerana keelokan paras hanya menyesatkan , jangan pula tertarik kepada kekayaanya kerana kekayaan itu boleh musnah.... ....
Tertarik la dengan seseorang yang boleh membuatmu senyum , kerana senyum lah yang dapat membuat hari-hari seseorang itu menjadi gelap , bak kata org setiap mawar pasti ada durinyer.
Dari kesusahan itu akan di perolehi kesenangan dan kebahagiaan seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sedap isinya, dan bunga mawar berduri sebab harum baunyer...
dan jika seseorang itu hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian dari kamu , tetapi atas sebab2 tertentu dia terpaksa pergi , jangan terlalu sedih , terimalah kenyataan itu kerana sebelum ini dia pernah membahagiakan mu ..... tetapi apabila ada yang datang , jangan biarkan ia berlalu pergi dan jikalau esok dia masih bertandang, jangan harap dia akan datang kembali ....
SESUATU UNTUK AKU
Menjadi pohon tinggi yang menjulang, itu juga tidak semudah yang disangka. Sebab ia akan menatap bahang bara mentari yang terus menyala dari pagi hingga petang. Sebab ia akan meliuk menghalangi angin yang bertiup kasar. Sebab ia akan terus menjejak bumi hadapi gemuruh sang petir. Sebab ia akan hujamkan akar yang kuat untuk menampung. Sebab ia akan menahan curahan hujan yang merobohkan. Sebab ia akan sentiasa memberikan bebuahan yang manis dan mengenyangkan. Sebab ia akan berikan tempat bernaung bagi burung-burung yang singgah didahannya. Sebab ia akan berikan tempat berlindung dengan rendang daun-daunnya.
Menjadi ikan paus? Juga tak mudah. Sebab dengan sedikit hempasannya ia akan menggetarkan hujung samudera. Sebab besar tubuhnya akan menakutkan musuh yang cuba mengganggu. Sebab sikap diamnya akan membuat tenang laut seisinya.
Menjadi helang dengan segala kejantanannya, meski itu juga tak mudah. Sebab ia harus melayang tinggi menembus birunya di langit. Sebab ia harus menguasai buana untuk mengenal medannya. Sebab ia harus melawan angin yang menerpa dari segenap penjuru. Sebab ia harus tinggi membelah angkasa jauh tanpa takut jatuh. Sebab ia harus kembali ke sarang dengan makanan di paruhnya. Sebab ia harus menyambar pantas dan mencengkam mangsanya. Sebab ia harus menjelajah cakrawala dengan kepak sayap yang membentang gagah.
Menjadi melati, meski tampak tak bermakna. Sebab ia akan tebar harum wewangian tanpa meminta balasan. Sebab ia begitu putih, seolah tanpa cacat. Sebab ia tak takut hadapi angin dengan mungil tubuhnya. Sebab ia tak ragu hadapi hujan yang membuatnya basah. Sebab ia tak pernah iri melihat mawar merekah segar. Sebab ia tak pernah malu pada bunga matahari yang menjulang tinggi. Sebab ia tak pernah rendah diri pada anggerik yang anggun. Sebab ia tak pernah dengki pada tulip yang berwarna warni. Sebab ia tak pernah gentar layu kerna memahami hakikat hidupnya.
Menjadi mutiara..meski itu tak mudah. Sebab ia berada di dasar samudera yang dalam. Sebab ia begitu sulit dijangkau oleh tangan-tangan manusia. Sebab ia begitu indah dipandangan mata. Sebab ia tetap bersinar meski tenggelam di kubangan hitam.
Menjadi rama-rama, meski itu tak mudah pula . Sebab ia harus melalui proses-proses sulit sebelum dirinya saat ini. Sebab ia lalui masa nan panjang tanpa rasa bosan. Sebab ia bersembunyi dan menahan diri dari segala yang menyenangkan, hingga kemudian tiba saat untuk keluar.
Karang akan hadapi hujan, terik sinar mentari, badai, juga gelombang. Helang akan menembus lapisan awan, mengangkasa jauh, melayang tinggi dan tak pernah lelah untuk terus mengembara dengan tebaran sayapnya. Paus akan menggetarkan samudera hanya dengan sedikit gerakan. Pohon akan menghadapi petir, deras hujan,silau matahari namun sentiasa menaungi. Melati ikhlas untuk selalu menerima keadaannya, meski tak terhitung pula bunga-bunga lain dengan segala kecantikannya. Rama-rama berusaha bertahan, meski saat-saat diam adalah kejenuhan. Mutiara tak memudar kelam, meski pekat lingkungan mengepungnya di kiri kanan, depan dan belakang.
Tapi karang menjadi teguh dengan segala ujian. Helang menjadi tangguh, tak hiraukan lelah tatkala terbang melintasi beribu-ribu kilometer bentangan cakrawala. Paus menjadi kuat dengan besar tubuhnya dalam luas samudera. Pohon tetap menjadi naungan meski ia hadapi beribu gangguan. Melati menjadi bijak dengan dada yang lapang, dan justru terlihat indah dengan segala kesederhanaan. Mutiara tetap bersinar dimana pun ia terletak, di mana pun ia berada. Rama-rama hadapi cerah dunia meskipun lalui perjuangan panjang dalam kesendirian.
Hakikat, menjadi apapun dirimu..bersyukurlah selalu. Sebab kau yang paling tahu siapa dirimu . Sebab kau yakini kekuatanmu. Sebab kau sedari kelemahanmu. Jadilah karang yang teguh, helang yang perkasa, paus yang besar, pohon yang menjulang dengan akar yang menghujam, melati senantiasa mewangi, mutiara yang indah, rama-rama atau apapun yang kau mahu. Tapi, tetaplah sedari bahawa kamu adalah seorang hamba, yang lemah dihadapanNya. Itulah dirimu..
MUTIARA KATA
1. Kalau engkau mencintai dan dicintai orang, bersyukurlah!! Kerana hidupmu telah masuk dalam daftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihanNya kepadamu lantaran ‘pergaduhan’ hati sesama makhluk. Dua jiwa diserang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawah satu perasaan dalam lingkungan tuhan
“Al-Anisah Mai”
2. Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula mensia-siakan orang yang mencintaimu kerana itu merbahaya.
“Gustami”
3. Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri . Ia adalah ‘kasih dan cinta’ kepada semua yang bernyawa.
“Seniman”
4. Kadang kala dalam kita melangkah menghadapi kehidupan ini, kita tersadung dan terjatuh lalu menangis, meratapi mengapa mesti kita?mengapa tidak insan lain? Wahai hati, sedarilah saat itu airmata yang gugur hadir untuk menyedarkan kita supaya menjahit semula sejadah iman yang terkoyak lantaran terbabas dari keikhlasan.
“Nursyuhada”
5. Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang maka dengan itu sayanglah apa yang ada.
“Nursyuhada”
6. Kenangan itu umpama sekutum mawar yang berduri nak di buang sayang nak di gengam sakit hanya linangan air mata yang mengambarkan peritnyer hati si pemilik ..
" Nursyuhada "
ANDAI ITU TAKDIRNYA…AKU REDHA..
Nukilan di petik dari Nursyuhada(Warga MKKM SEL )
Monday, 3 November 2008
BILIK 208
Elda yang mana ?
Sunday, 2 November 2008
Kasih sayang mengikut bulan lahir
-------------------------------------------------------------------
Febuari (3/2/1978)
-- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan. -
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. -
-Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
(Iyer ke B ? )-hehehe .........
(Sayang rasa camne ?) ;p hehehehehe
agak2 ar b ..
----------------------------------------------------
Mac (11/3/1980)
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
( Ye ke sayang ? ) hahaha
x der maknanyer .. kot kuang kuang kuang
-----------------------------------------------------
Tarikh kelahiran ucuk kita : February
Tarikh lahir Mas-F : Mac
Kita sering di kaitkan dengan zodiak. Entah betul atau tidak wallahualam. yang nier bukan nak mempercayai sajer jerk buat suka2 nak bagi ucuk kita baca
love u
-Mas-F-
Tuesday, 28 October 2008
FAMILY
Monday, 27 October 2008
Kita tayunk awak ..(my ucuk)
.. YANG NIER MMG BUAT UCUK KITER ...
aLA MALU LA PLAK NAK CITER , TAPI NIER CITER ANTARA KAMI BERDUA
uCUK KITA NIER SANGAT SWEET ORGNYER..DAN PERCINTAAN NIER MASIH BARU BERMULA
sEMALAM X TAU NApe kita leh buat tak tahu jerk sebenarnyer ttg apa yg dia luahkan.
Mula2 kita ingat nak tenyap jerk biarkan masa ajer yg menentukan ttg hubungan kami
ni.
Dah 5 tahun ku batukan hati nier untuk menerima seseorg sbg kekasih.Tapi tipu la kan kalo aku menyatakan selama nier aku tak pernah berkwn dgn insan yg bergelar lelaki.Tapi semuanyer hanya kwn, susah nak ngam la dan ader ajer yg tak kene.Alaa... berbeza sangat la dgn ucuk ku nier.. loving , caring , hardworking n bla bla bla.. (takut kang koyak lak suar dia u ollzz) hakhakhak
First date kami sangat indah ..Pertama kali kami jumpa dia dah pun kene mengadap parents aku (pakmansor,mak mah , adik ,nenek, maklong , paklong n bla bla). Tapi aku tak tahu la apa yg dia rasa masa tuer. Selesa ker tak bila dia join kenduri kami arituer.Tapi bila dia cakap dia lega aku sangat selesa.Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar u ollzz.
huh .. sangat melegakan.Yang nyata sekarang saya dah mula rasa tayunk banget kat awk.
Percintaan kami bermula 28/10/2008.Sekitar 2-3am ru kami dapat luahkan apa yg terbuku di hati masing2..Tapi perjalanan kita masih jauhkan ucuk ..
to be continue ....