Thursday, 5 March 2009

JIKA ANDA MAHU BAHAGIA





JIKA ANDA MAHU BAHAGIA




Ketika anda mencari calon , janganlah mencari isteri , tapi carilah ibu bagi anak-anak kita, Janganlah mencari suami , tapi carilah ayah pada anak2 kita....




Ketika melamar , anda bukan sedang meminta kepada org tua atau wali pada si gadis , tetapi meminta kepada allah melalui orang tua atau wali pada si gadis. Ketika meminta Akad nikah anda bukan menikah di hadapan penghulu , tetapi menikah di hadapan Allah s.w.t




Ketika persepsi pernikahan , catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda , kerana anda harus berpikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berpikir untuk bercerai kerana mensia-siakan doa mereka.




Ketika malam pertama bersyukur dan bersabarlah . Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat




Selama menempuh hidup berkeluarga sedarilah bahawa jalan yang akan di lalui tidak melalui jalan bertabur bunga , tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri




Ketika biduk rumah tangga bergoyang , jangan saling berlepas tangan , tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan .




Ketika belum memiliki anak , cintailah isteri atau suami anda sepenuhnya ...


Ketika telah memiliki anak , jangan bagi cinta anda pada suami , isteri , atau anak anda tetapi cintailah suami , isteri atau anak anda sepenuh-penuhnya..




Ketika Ekonomi keluarga merundum yakinilah bahawa pintu rezeki anda akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


Ketika ekonomi berkembang , jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang sentiasa mendampingi kita kita semasa menderita ...




Ketika anda adalah suami , boleh bermanja-manja kepada isteri anda tetapi jangan lupa untuk bangkit secara betanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda


Ketika anda adalah isteri , tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut , tetapi berhasil menyelesaikan semua pekerjaan ...




Ketika mendidik anak , jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah org tua yang tidak pernah memarahi anak , kerana org tua yang baik adalah org tua yang jujur dengan anak


Ketika anak bermasaalah yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua , yang ada adalah anak yang merasa tidak di dengar oleh kedua orang tuanya ..




KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS , PRAKTIKKAN FORMULA 7K


1- KETAKWAAN


2 - KASIH SAYANG


3- KESETIAAN


4- KOMUNIKASI


5- KETERBUKAAN


6- KEJUJURAN


7 - KESABARAN






No comments: