Cinta Adalah Pendorong Emosi Yang Amat KuatUntuk Menjadikan Seseorang Menjadi Cemerlang.
Ini memang realiti. Cinta, luas skopnya. namun ini tentang cinta di kalangan orang muda.
Cinta dan kejayaan adalah untuk semua orang, tak kira rupa, pangkat, darjat mahupun taraf pendidikan dan kerjaya. Anda berhak untuk bercinta dan berjaya. Cinta dan kejayaan boleh datang seiringan. Malah, ramai pakar bersetuju, keduanya saling berkait.
Ada orang bertanya pada saya, cemana nak buat orang jatuh cinta? Hmm, kalau ikut stail saya, cantikkan diri, mantapkan peribadi, mantapkan komunikasi dan perindahkan sahsiah dari dalam diri. Itu jawapan saya!
Owh, namun ada juga sebabnya mengapa orang tak ramai yang bercinta dan sukar mencari cinta. Sebab yang pertama, terlalu memilih. Biasanya orang yang terlalu memilih ni meletakkan kriteria tertentu untuk bakal pasangannya, antaranya kehenseman, kecantikan, pendidikan, kerjaya tetap dan pemilikan material ( termasuk ketebalan dompetnya).
Selagi tak jumpa orang yang ada kriteria macam ni, menyebabkan seseorang tu lambat bertemu jodoh dan sukar nak jatuh cinta ngan yang berkenan di hati. Ini tak salah, tapi jangan terlalu ketat pra syaratnya.
Kedua, sebab kerjaya. Mereka yang tergolong dalam hal ni biasanya tak nampak keperluan hidup berumahtangga. Selain tu, pada pendapat saya, mereka mahu menumpukan perhatian pada kerjaya dulu dan soal jodoh di letak ke tepi. Katanya, kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, takde lah. Erk..
Ada juga yang tak nak hilang kebebasan time bujang, sebab kalau dah bercinta ada pula orang yang akan kena di jaga, diambil hati dan di ambil berat. Kalau jenis yang malas nak ambil berat pasal orang lain, memang susah nak bercinta. Sebab, tak mahu terlibat dengan komitmen.
Waktu bujang senang, nak kemana takde sesiapa tanya dan nak buat apa takde siapa nak komplen, tak gitu? Bebas.
Tambahan pula, bila dah bercinta, terbayang susahnya bila dah ada komitmen, masa untuk diri sendiri dah kurang bahkan hampir takde langsung.
Selain tu, mungkin sebab dah serik bercinta dan tak nak bercinta lagi. Terus terang saya juga ada rasa macam ni.
Sakit tau putus cinta ni! Bila dah putus cinta, jadi fobia dan kekecewaan yang pernah menimpa diri menjadi parut yang sukar nak disembuhkan.
Selain tu, mungkin sebab dah serik bercinta dan tak nak bercinta lagi. Terus terang saya juga ada rasa macam ni.
Sakit tau putus cinta ni! Bila dah putus cinta, jadi fobia dan kekecewaan yang pernah menimpa diri menjadi parut yang sukar nak disembuhkan.
Tapi, sunyi pulak kalau takde cinta. Tak bahagia, dan tak bersemangat rasanya. Takde siapa untuk bagi dorongan, semangat dan sokongan. Takde siapa yang boleh dijadikan teman rapat dikala berduka dan tiada siapa jadi pencetus ilham dikala cabaran maha hebat melanda diri Anda.
Cinta pada kekasih lain “getaran” nya, cinta pada kedua orang juga lain juga getarannya. Mana satu yang membuat anda rasa bahagia? Mestilah cinta pada kekasih hati. Ada sesiapa bersetuju?
Terima hakikat, cinta manusia takkan kekal. Ia memang cinta sementara yang ditakdirkan takkan kekal. Hanya cinta pada Allah jua yang kekal, hakiki dan tidak mengecewakan.
Namun, sebagai dorongan motivasi anggap setiap pengalaman pahit yang Anda alami sebagai salah satu cara Allah mendidik Anda supaya menjadi lebih gigih dan lebih cemerlang dalam kerjaya, pelajaran mahupun bisnes.
No comments:
Post a Comment