Pada zaman di mana perceraian itu sudah menjadi satu perkara biasa, kita patut tabik pada pasangan yang masih mampu mempertahankan ikatan perkahwinan mereka.
Apakah ilmu atau petua yang dipraktikkan sehingga kekalnya hubungan suami isteri itu sampai akhir hayat?
1. Mereka tidak melayan himbauan mantan kekasih lama mereka.
2. Mereka menetapkan jarak yang berpatutan apabila berkenalan dengan teman baru baik di tempat kerja, di pertemuan lain seperti di seminar atau majlis sosial. Jika terbentuk persahabatan, topik peribadi dan masalah keluarga tidak dijadikan bahan perkongsian.
3. Orang lain tidak diizinkan mengambil tahu masalah rumah tangga dan dengan ini hubungan mereka tidak akan diancami oleh pihak ketiga.
4. Komunikasi antara mereka adalah aktif. Mereka sering membahas perkara yang berpotensi mengancam perhubungan mereka dengan berfikiran positif agar isu yang terbangkit itu diselesaikan secara rasional dan bukan emosional.
5. Mereka berkomunikasi dengan sesiapa yang dikira tidak boleh memudaratkan hubungan dengan pasangan. Mereka bersikap terbuka. Misalnya, mereka berkomunikasi melalui wahana sembang di Internet tetapi pasangan tahu perkara yang disembang tidak termasuk perkara yang boleh mengundang perselisihan faham.
6. Pergaulan dengan rakan-rakan adalah bersifat sahabat. Jika perlu ada perbincangan lanjut, ia diadakan di tempat awam atau umum dan tidak di tempat yang mudah disalahertikan sebagai tempat yang akan membangkitkan bibit-bibit ‘percintaan’ baru.
7. Mereka tahu batasan dan etika perhubungan dengan rakan-rakan lain sementara menyedari hakikat bahawa ikatan emosi suami isteri harus sentiasa dijaga.
No comments:
Post a Comment