UNTUK CURANG...........UNTUK JUJUR ITU SAMA SUSAH.-
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Anda telah curahkan sepenuh kasih sayang kepada suami. Anda tidak pernah meletakkan sebarang rasa curiga. Bagi anda dia sebaik-baik lelaki. Rupa-rupanya anda telah dimadukan sekian lama. Tanpa anda tahu, rupa-rupanya anda sudah ada 'adik'.Anda percayakan dia sesungguh hati. Dia yang bernama kekasih amat-amat anda kasihi dan sayangi. Dia harapan anda untuk menuju mercu bahagia. Rupa-rupanya selama ini anda hanyalah 'spare tyre'.Kekasih atau suami, dia telah mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada anda.
Apakah anda memaafkan?Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan daripada kekasih atau suaminya, tetapi dia tidak boleh untuk melupakannya. Sekali hatinya terluka seribu kali kekal abadi dalam ingatannya. Dia akan curiga terus walaupun kekasih atau suaminya itu telah benar-benar berubah. Tidak ada lagi intan permata yang boleh mengubah anggapan ini. Anda senyum dalam tangisan. Anda melihat dia tidak sebagaimana bermulanya anda sebagai sepasang kekasih. Anda mula jijik.
Tahukan anda, jika anda telah mencurangi suami atau kekasih anda, dia juga berasa jijik terhadap anda. Dia juga tidak akan percaya dengan kata-kata anda. Wanita yang mendustai lebih buruk daripada lelaki yang mendustai. Jika wanita tidak dapat melupakan kecurangan suami atau kekasihnya, lelaki juga begitu cuma dia tidak mempamerkannya. Lelaki ego untuk menangis sebagaimana anda menangis. Lelaki ego untuk merayu walaupun runtunan hatinya mengharapkan anda mendengar rayuannya.
Tahukah anda, lelaki juga memiliki hati yang sama sensitif sebagaimana anda. Lelaki juga tidak dapat melupakan satu pengkhianatan isterinya mestipun dia boleh memaafkan. Tetapi tentu tidak sama sebelum tragedi dengan sesudah tragedi. Lebih-lebih jika anda sudah terlajak jauh...Sebenarnya kita adalah sama. Kita serupa.Emosi dan perasaan kita adalah sama dan serupa. Bohong jika lelaki tidak kisah jika dia dikhianati.
Pengkhianatan bagi seorang lelaki adalah satu tamparan yang paling sakit. Lebih-lebih pengkhianatan itu datangnya daripada orang yang menjadik hak mutlak dirinya.Apabila anda telah melakukan satu pengkhianatan dan ia terbongkar hingga diketahui oleh suami, anda sebenarnya sedang meniti di atas pisau razor. Bila-bila masa saja tapak kaki anda akan terbelah. Oleh itu jangan sekali-kali berlaku khianat. Jika anda sayang kebahagiaan yang anda nikmati sekarang, usahlah bermain api.Pesanan ikhlas saya kepada kaum lelaki, jaga dan bajailah hati wanita dengan kepercayaan mutlaknya. Sekali dia terluka dia akan ingat selamanya sebagaimana anda juga.
Sekali anda mengetahui kecurangan pasangan anda selamanyalah anda tidak dapat menerimanya mestipun anda memaafkannya.Kita diberi kesempatan menikmati hidup bersama, menikmati apa yang bernama bahagia bersama, sebagai satu mukadimah untuk kebahagiaan dan kenikmatan sebenar 'di sana'. Kesempatan ini bukanlah lama untuk kita bermain 'judi'. Kita tidak usah memikirkan untuk mendapat untung tanpa usaha sebab itu tidak selalu terjadi. Yang nyata rugi lebih banyak daripada apa yang diperolehi. Hidup tidak lama untuk kita mempermainkan perasaan sendiri. Satu kecurangan adalah usaha, setia dan berlaku jujur juga adalah usaha. Kedua-duanya sama susah dan sama payah. Tetapi curang selalunya berakhir dengan sengketa, derita dan sengsara, sebaliknya yang setia dan jujur berakhir dengan bahagia, suka dan ceria.Setiap daripada kita berhak memiliki salah satu. Anda pilih yang mana?
7 april 2009 1.08PM
Hmm~Perasaan sayang lahir dari hati, dari perasaan tulus seorang insan. Tu la sebabnya jika sayang kita tu dihancurkan, memang susah kita nak terima kenyataan. Tak semestinya kalo pasangan tuh dok dekat², makin mesra dan makin bertambah² sayang tu. Tapi ada jugak sayang berputik dari kejauhan. ( Jangan si dia buat hal sudah )
Hmm~Perasaan sayang lahir dari hati, dari perasaan tulus seorang insan. Tu la sebabnya jika sayang kita tu dihancurkan, memang susah kita nak terima kenyataan. Tak semestinya kalo pasangan tuh dok dekat², makin mesra dan makin bertambah² sayang tu. Tapi ada jugak sayang berputik dari kejauhan. ( Jangan si dia buat hal sudah )
Pendapat aku, sayang dari jauh lagi best! Rindu tu lagi dalam. Sejauh mana perasaan sayang aku pada pasangan aku?Sayang sangat². Rasanya kalau langit tu aku boleh conteng, akan aku conteng nama dia n nama aku, tulis yang aku sayang dia setiap masa sebab dari mana² pun dia buleh nmpak langit yang ade tulisan aku tuh...Perasaan tu luas :)
Tp pernahkah kita semua terfikir yg mn ianya ada termaktub dlm kitab suci, " Lelaki yg baik utk perempuan yg baik, dan perempuan yg baik utk lelaki yg baik" nah..disini kita mesti ukur,cermin dan perbaiki diri kita dahulu sblm memasang angan2 yg tinggi.
Kekadang kita dambakan sesuatu yg baik berlaku terhadap diri dan kehidupan kita sedangkan secara lahiriahnya kita x la sehebat dan x berusaha utk menjadi lebih baik so bagaimana kita hendak dpt pasangan yg baik mengikut angan2 kita? apapun taste kita,kita mesti bersyukur dengan apa yg dikurniakan pd kita dan cuba memperbaiki diri dan pasangan dr masa ke semasa. Bila dah diperbaiki baru la wujud taste yg sejati
( END )
No comments:
Post a Comment