Monday, 22 December 2008

KUCING JANTAN PUNYA CERITA.....

KUCING JANTAN PUNYA CERITA.....

Tafsiran anda ? ... just for release tensionn..!! ! dont take
seriously...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...


Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:


1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar
anda jika anda mengasarinya. Jadi
berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,
paham ajelah, bukan setakat makanan
sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu
dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle
Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari
lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp
bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak,
ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat
tidur. Anda mahu suami anda beralih
tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap
& melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya
kita akan melepaskan kucing kita keluar,
kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak
sama kan ???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya
di dalam sangkar kan . Cuba kita
lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung
makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya
camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat
pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam
kucing, kita takleh paksa dia tidur,
takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena
cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia
main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan .... Lu pikirlah sendiri mana
yang baik dgn yang buruk kan .

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2
kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow
mari sini", (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar
kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari
kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu
dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut
kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend
pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan
lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend
dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak
tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
ikut perangai kucing la)



** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE......... Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni
nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...